SPORTS
Pemain kelahiran Argentina bakal perkuat Harimau Malaya bertemu Vietnam?
Penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, dikatakan memiliki kerakyatan Malaysia menerusi neneknya. - Stadium Astro
KETIKA sidang media pengumuman pemain menjelang perlawanan seterusnya Kelayakan Piala Asia 2027 minggu lalu, ketua jurulatih, Peter Cklamovski, memberi bayangan bahawa ada seorang lagi pemain 'Malaysian Abroad' akan memperkuat Harimau Malaya bertemu Vietnam pada 10 Jun depan.
Ringkasan AI
Tanpa mendedahkan identiti pemain itu, pengendali dari Australia itu tampak merujuk kepada Jon Irazabal yang sudah dikaitkan bersama Harimau Malaya sejak Mac lalu sambil memaklumkan proses pendokumentasiannya bakal selesai dalam masa terdekat.
Namun, menurut laman Harimau Abroad, seorang lagi nama baharu muncul didakwa akan menyertai skuad kebangsaan sebagai status pemain warisan.
Penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, dikatakan memiliki kerakyatan Malaysia menerusi neneknya, namun tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak tertentu.
Sejauh manakah kebenaran itu?
Jika benar, maka ia akan menjadi nilai tambah buat kem negara mempunyai penyudah tajam di hadapan gol.
Holgado, 29, pernah mewakili San Lorenzo dan sedang beraksi dalam liga utama Columbia dengan mengumpul 15 penampilan serta merekodkan tujuh gol setakat ini.
Pemain kelahiran Argentina itu juga memiliki ketinggian ideal yang dianggap berbahaya untuk situasi bola mati.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Gabriel Palmero belum tiba di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor dan Hector Hevel akan dipanggil ketika Fasa 3 skuad Harimau Malaya.
Ringkasan AI
- Potensi pemain baharu dalam skuad Harimau Malaya: Ketua jurulatih, Peter Cklamovski, memberi bayangan bahawa seorang lagi pemain Malaysian Abroad akan memperkuat skuad kebangsaan untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam.
- Rodrigo Holgado sebagai pemain warisan: Penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, dikatakan memiliki kerakyatan Malaysia melalui neneknya, tetapi tiada pengesahan rasmi setakat ini. Jika benar, kehadirannya boleh menambah ketajaman jentera serangan negara.
- Perkembangan pemain lain dalam skuad: Jon Irazabal dikaitkan dengan Harimau Malaya sejak Mac lalu dan dijangka proses pendokumentasiannya selesai tidak lama lagi. Selain itu, Gabriel Palmero masih belum tiba di pusat latihan, dan Hector Hevel akan dipanggil ketika Fasa 3 skuad.