awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Liverpool dikejarkan ke hospital susulan kecederaan serius

Astro Arena
Astro Arena
03/11/2025
01:40 MYT
Pemain Liverpool dikejarkan ke hospital susulan kecederaan serius
Enderby terbaring selama kira-kira 15 minit sebelum meninggalkan padang dengan pengusung dan dibawa ke hospital dengan ambulans untuk pemeriksaan lanjut. - Foto Agensi/Astro ARENA
BINTANG skuad Liverpool wanita, Mia Enderby, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan yang serius semasa perlawanan menentang Tottenham Hotspur.
Penyerang itu kelihatan terjatuh yang menyebabkan kecederaan serius di bahagian leher selepas cuba mendapatkan tandukan ketika perlawanan hanya berbaki 10 minit di Brisbane Road, Leyton Orient.
Dia terbaring selama kira-kira 15 minit sebelum meninggalkan padang dengan pengusung dan dibawa ke hospital dengan ambulans untuk pemeriksaan lanjut.
Walaupun masih belum jelas kecederaan yang dialami oleh Enderby, pengurus Liverpool, Gareth Taylor, meluahkan kebimbangannya selepas perlawanan.
"Jelas sekali tidak menyenangkan melihatnya diusung keluar. Saya belum berpeluang bercakap dengan Mia," katanya.
"Saya rasa dia telah dimasukkan ke hospital dengan ambulans. Saya pada awalanya berfikir dia mampu meneruskan permainan namun kecederaan cukup serius dan memerlukan rawatan.:
Enderby menyertai Marie Hobinger dan Sophie Roman Haug dalam senarai kecederaan Liverpool. Liverpool terpaksa meratapikan kekalahan dalam perlawanan di timur London dalam satu lagi tamparan hebat selepas permulaan musim yang sukar.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#bola sepak wanita
#Mia Enderby
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan