SPORTS
Pemain Malaysia tarik diri bertemu Manchester United
Perlawanan persahabatan antara Manchester United dan ASEAN All-Stars akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 28 Mei ini. - Foto Facebook Harimau Malaya
DUA daripada tiga pemain Malaysia difahamkan membuat keputusan tidak menyertai pasukan ASEAN All-Stars bagi aksi menentang Manchester United.
Sebelum ini, tiga pemain kebangsaan - Haziq Nadzli, Sergio Aguero dan Dominic Tan - dilaporkan terpilih menjadi wakil Malaysia untuk menyarung jersi ASEAN All-Stars Mei ini.
Ketiga-tiga pemain itu dan beberapa lagi bintang pilihan dari rantau Asia Tenggara akan bermain bersama di dalam satu pasukan untuk turun menentang kelab gergasi dari England, Manchester United.
Bagaimanapun, perkembangan terkini yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata bahawa dua tonggak negara dilaporkan tidak dapat menyertai pasukan ASEAN All-Stars.
Kekosongan dua pemain itu bagaimanapun bakal diisi oleh pengganti yang berkemungkinan besar merupakan tonggak kacukan dan juga bintang yang beraksi di posisi pertahanan.