Kurang tekanan diletakkan ke atas bahu pemain muda mampu memberi kelebihan kepada skuad badminton lelaki negara membuat kejutan pada saingan Piala Thomas yang akan berlangsung di Bangkok, dari 20 hingga 27 Mei ini.
Bekas pemain beregu lelaki negara, Lee Wan Wah yang merupakan antara pemain skuad Piala Thomas memenangi pingat perak dua kali pada 1998 dan 2002, berpendapat pasukan negara lebih menampilkan aksi meyakinkan apabila beraksi tanpa tekanan.
Mengambil contoh edisi 2014 di New Delhi, India, Malaysia yang dibarisi gabungan pemain senior dan junior, mampu membuktikan kemampuan mereka apabila mara ke final dalam pertarungan sengit sebelum tewas tipis 2-3 kepada Jepun.
“Pada ketika ini, kita akur mereka (pemain muda) bukan terdiri daripada pemain terbaik dunia, jadi mereka tidak seharusnya berasa tertekan berbanding pemain terkemuka dunia yang lain.
“Nasihat saya kepada pemain-pemain muda, anggap saingan Piala Thomas seperti latihan harian, jangan bimbang soal menang atau kalah. Kalau menang bagus, jika sebaliknya mereka perlu bangkit dan kerja lebih keras,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penajaan syarikat peralatan sukan, Fleet International Holdings Sdn Bhd kepada pasukan wanita Mauritius yang julung kalinya beraksi dalam saingan Piala Uber edisi kali ini.
Pasukan Piala Thomas kali ini diketuai jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, bersama-sama pemain muda, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Leong Jun Hao. Beregu lelaki dibarisi Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala Teo Ee Yi akan bergandingan dengan pemain profesional Mohd Arif Latif.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama juara bertahan Denmark, Rusia dan Algeria pada saingan Piala Thomas 2018.
“Saya berpendapat pasukan yang dipilih adalah terbaik ketika ini... peminat badminton perlu percaya dengan keputusan jurulatih dan kemampuan pemain.
“Walaupun Malaysia bukan pasukan yang kuat, semua boleh berubah sekiranya pemain memberi aksi cemerlang di gelanggang,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pemain perseorangan negara, Rashid Sidek berkata pemilihan Mohd Arif dalam pasukan negara adalah kepercayaan jurulatih terhadap pemain itu untuk memperkuatkan pasukan terutamanya acara beregu.
Rashid berkata sudah tiba masanya, Mohd Arif yang sebelum ini beraksi dalam acara perseorangan menunjukkan kemampuannya beraksi cemerlang dalam kategori beregu bersama Ee Yi.
“Jurulatih sudah melakukan penilaian mereka sendiri mengenai pemain yang dipilih. Ini peluang Arif membuktikan beliau boleh bermain dalam acara beregu bukan perseorangan sahaja,” kata Rashid.
Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas adalah pada 1992.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 16 2018
Lee dan Rashid (kiri) pada majlis penyampaian peralatan sukan dari Fleet International Holdings Sdn Bhd kepada skuad badminton wanita Mauritius, di OCM Arena, pada Rabu. --fotoBERNAMA
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.