SUKAN
Pemain New York Jets, Kris Boyd, kritikal selepas ditembak di Manhattan
Boyd mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen selepas berlaku pertengkaran di luar sebuah restoran Asia di West 38th Street. - Foto AP
NEW YORK: Kris Boyd, pemain pertahanan pasukan American football New York Jets, kini berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak dalam satu insiden di Midtown Manhattan awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
Menurut Polis New York (NYPD), Boyd, 29, mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen selepas berlaku pertengkaran di luar sebuah restoran Asia di West 38th Street, berhampiran Seventh Avenue, sekitar jam 2 pagi.
Beliau segera dikejarkan ke Hospital Bellevue dan dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
Boyd, yang menyertai Jets pada Mac lalu dan kini berada dalam senarai kecederaan sepanjang musim ini, dipercayai bersama sekumpulan rakan ketika insiden berlaku.
Dua das tembakan dilepaskan selepas pertikaian menjadi ganas, menurut sumber penguat kuasa undang-undang.
Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan.
“Kami sedar akan situasi melibatkan Kris Boyd dan tidak akan memberikan sebarang komen lanjut buat masa ini,” kata pihak New York Jets dalam satu kenyataan ringkas.
Ringkasan AI
- Pemain pertahanan New York Jets, Kris Boyd, mengalami kecederaan parah selepas ditembak dalam insiden di Midtown Manhattan pada Ahad pagi.
- Insiden berlaku selepas pertengkaran di luar restoran Asia di West 38th Street, jam 2 pagi; Boyd, 29 tahun, kini kritikal tetapi stabil di Hospital Bellevue.
- Beliau dipercayai bersama rakan ketika insiden berlaku, dua das tembakan dilepaskan dan siasatan masih berlangsung tanpa sebarang tangkapan.