[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
SPORTS

Pemain sudah terima surat, tiada Sri Pahang musim depan!

Astro Arena 09/05/2025 | 00:00 MYT
Sebelum ini, Tengku Abdul Rahman mengumumkan untuk mengundurkan diri sekali gus memberikan bayangan bahawa Sri Pahang (gambar) tidak akan beraksi musim depan. - Foto Astro ARENA
DIFAHAMKAN pemain-pemain Sri Pahang sudah menerima sepucuk surat semalam mengenai keputusan pasukan dari Pantai Timur itu yang tidak beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsi: "Closing the chapter. Status Sri Pahang difahamkan sudah muktamad.
"Pemain menerima surat hari ini mengatakan skuad Tok Gajah tidak beraksi dalam Liga Super musim depan," katanya.
Namun, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman muktamad daripada kelab itu mengenai status mereka.
Terdahulu, pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, mengumumkan untuk mengundurkan diri sekali gus memberikan bayangan bahawa naib juara Liga Malaysia 2024/25 itu tidak akan beraksi musim depan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sri Pahang #Liga Super #Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah