Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 hari ini. Dapatkan intipati utama di sini
SUKAN

Pemain tengah Sepanyol, Teto Martin sertai JDT

Bernama 30/07/2025 | 03:00 MYT
JDT terus mengukuhkan pasukannya dengan mengumumkan kehadiran pemain tengah Sepanyol, Alberto Martin Diaz, dalam persediaan menghadapi musim baharu. - Gambar Facebook JOHOR Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan pasukannya dengan mengumumkan kehadiran pemain tengah Sepanyol, Alberto Martin Diaz, dalam persediaan menghadapi musim baharu.

Pemain berusia 23 tahun yang lebih dikenali sebagai Teto Martin itu diperkenalkan menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

"Pemain tengah muda Sepanyol kami. Selamat datang ke Johor Darul Ta'zim FC, Teto!," menurut kelab itu menerusi hantaran lewat malam tadi

Teto akan menyarung jersi nombor 20 bersama skuad Harimau Selatan.

Sebelum ini, pemain muda itu bersama sebuah kelab Sepanyal, CD Tenerife selama 14 tahun dengan 98 penampilan rasmi dan menjaringkan enam gol.

-- BERNAMA



#JDT #Teto Martin #pemain tengah Sepanyol #Alberto Martin Diaz