SUKAN
Pemain tengah Sporting Gijon dalam proses dokumentasi akhir wakili Harimau Malaya
Mendez difahamkan sedang bersedia untuk menerima panggilan kebangsaan dan berkemungkinan dapat beraksi ketika skuad negara bersaing dalam Kejohanan Piala CAFA. - Stadium Astro
PEMAIN tengah Spoting Gijon, Nacho Mendez, dilaporkan sedang dalam proses dokumentasi akhir untuk mewakili Harimau Malaya.
Ringkasan AI
Menurut pendedahan eksklusif wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, perancang berusia 27 tahun itu difahamkan sedang bersedia untuk menerima panggilan kebangsaan dan berkemungkinan dapat beraksi ketika skuad negara bersaing dalam Kejohanan Piala CAFA bermula hujung bulan depan.
Difahamkan juga, Mendez boleh mewakili Malaysia selaku pemain warisan menerusi susur-galur datuknya yang dilahirkan di Pulau Pinang.
Sebagai rekod, Mendez mewakili Gijon sejak 2017 dan teah mengumpulkan 218 penampilan, 17 gol dan 11 bantuan jaringan. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Pemain tengah Sporting Gijon, Nacho Mendez, kini dalam fasa akhir dokumentasi untuk mewakili Harimau Malaya sebagai pemain warisan melalui datuknya yang berasal dari Pulau Pinang.
- Mendez dijangka menyertai skuad kebangsaan dalam Kejohanan Piala CAFA yang berlangsung hujung Ogos ini, jika proses naturalisasi selesai tepat pada masanya.
- Sejak 2017, Mendez telah membuat 218 penampilan bersama Sporting Gijon dengan 17 gol dan 11 bantuan jaringan, menjadikannya aset berpotensi besar untuk skuad negara.