SUKAN
Pemain warisan: Anak Zidane wakili Algeria di Piala Dunia
Luca yang lahir di Aix-en-Provence dan pernah mewakili skuad muda Perancis, tidak pernah tampil di peringkat senior Les Bleus, menjadikan beliau layak menyertai skuad The Fennecs.
PENJAGA gol berusia 27 tahun, Luca Zidane yang merupakan anak kepada legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane mengesahkan keputusan menukar kewarganegaraan untuk mewakili Algeria di Piala Dunia 2026.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meluluskan pertukaran tersebut, sekali gus membolehkan Luca memperkuat negara asal datuk dan neneknya di Afrika Utara.
“Saya sangat bangga berada di sini dan akan memberikan segalanya untuk membuat rakyat Algeria bangga,” katanya pada sidang media di Oran.
Luca yang lahir di Aix-en-Provence dan pernah mewakili skuad muda Perancis, tidak pernah tampil di peringkat senior Les Bleus, menjadikan beliau layak menyertai skuad The Fennecs.
“Ayah saya ada jalannya sendiri dan saya juga ada karier saya sendiri,” ujarnya lagi.
Keputusan itu hadir ketika Algeria mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia selepas membelasah Somalia 3-0 pada Jumaat.
Kemenangan itu memastikan skuad kendalian Vladimir Petković mendahului Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2026 zon Afrika dengan mengumpul 19 mata daripada lapan perlawanan.
Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. - Sinar Harian