SPORTS

Pemain warisan terbaharu, Anuar Ceesay bakal beraksi dalam Liga A1

Astro Arena 09/04/2025 | 07:32 MYT
Anuar berhijrah ke Malaysia bukan hanya untuk karier bola sepak, tetapi juga untuk mendekati keluarga dan budaya asal ibunya. - Stadium Astro
BINTANG muda yang kian menyinar, Anuar Ceesay, kini sah menyertai salah sebuah pasukan dalam liga amatur Malaysia musim depan.

Ringkasan AI
  • Anuar Ceesay, pemain bola sepak muda berdarah campuran Malaysia-Inggeris, sah menyertai pasukan dalam liga amatur Malaysia musim depan.
  • Anuar pernah beraksi dalam Non-League Division One, England dan berjaya meledak 11 gol serta tiga bantuan gol bersama Badshot Lea.
  • Anuar berhijrah ke Malaysia bukan hanya untuk karier bola sepak, tetapi juga untuk mendekati keluarga dan budaya asal ibunya, dengan impian bermain untuk pasukan kebangsaan suatu hari nanti.

Anuar yang memiliki darah campuran Malaysia-Inggeris berasal dari Wales dan dibesarkan di London kini berusia 22 tahun.
Sebelum ini, pemain itu pernah beraksi dalam Non-League Division One, England bersama kelabnya, Leatherhead.
Sementara itu, ketika dia bersama Badshot Lea, Anuar berjaya meledak 11 gol dan tiga bantuan gol.
Pemain itu mengesahkan bahawa dia menandatangani kontrak bersama pasukan yang bakal beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro.
"Ejen saya mencadangkan saya bermain di liga ini dahulu untuk menyesuaikan diri.
"Meskipun saya memiliki pasport Malaysia, dokumen warisan nenek saya akan membuka pintu untuk status sebagai pemain tempatan suatu hari nanti," katanya kepada media tempatan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Langkah berhijrah ke Malaysia jelasnya tidak hanya semata-mata disebabkan karier bola sepak, tetapi baginya ia merupakan peluang terbaik untuk mendekati keluarga dan budaya asal ibunya.
"Saya sayang Malaysia..makananya, orangnya dan semangat peminat bola sepak yang tiada tandingan.
"Impian saya satu hari nanti bermain untuk pasukan kebangsaan," jelasnya lagi. - Stadium Astro
#Anuar Ceesay #pemain warisan #liga amatur Malaysia #campuran Malaysia-Inggeris