[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya

Astro Awani 08/12/2024 | 04:30 MYT
Michail Antonio. - Gambar fail/REUTERS
PENYERANG kelab bola sepak West Ham, Michail Antonio dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Essex, England pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan, kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Kemas kini itu dikeluarkan selepas gambar sebuah Ferrari dipandu Antonio rosak teruk tular di media sosial.
Kenyataan itu juga menyebut, Antonio mampu berkomunikasi dan kini berada di bawah pengawasan rapi hospital.
Kelab itu turut meminta orang ramai untuk menghormati privasi Antonio dan keluarganya.
#Michail Antonio #kemalangan #West Ham #Ferrari