awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
UIS perkasa pelajar era digital, sasar jadi universiti wakaf pertama negara
BISNES
China komited teruskan pembukaan ekonomi, peluang luas kepada MNC - Li Qiang
DUNIA
[TERKINI] Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Pemakaian hijab dibenarkan di Sukan Olimpik Paris 2024 - IOC

Agensi
Agensi
29/09/2023
22:20 MYT
Sponsor Banner
Pemakaian hijab dibenarkan di Sukan Olimpik Paris 2024 - IOC
Pada tahun 2016, Ibtihaj Muhammad merekodkan sejarah dengan menjadi atlet Amerika Syarikat pertama yang menyertai Sukan Olimpik sambil mengenakan hijab. - Gambar fail AP
JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan pemakaian hijab bagi atlet wanita Islam akan dibenarkan di dalam kejohanan Sukan Olimpik Paris tahun depan, walaupun tuan rumah melarang atlet-atletnya berbuat demikian.
Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera berkata, keputusan negaranya mengenakan larangan itu adalah untuk menghormati prinsip sekularisme.
Bagaimanapun, IOC menegaskan, peraturan berkenaan tidak akan terpakai kepada negara-negara lain yang mengambil bahagian dalam Olimpik Paris 2024.
"Bagi Perkampungan Olimpik, peraturan IOC digunakan," kata jurucakap IOC.
"Tidak ada sekatan dalam mengenakan hijab atau pakaian keagamaan atau budaya lain.
"Apabila ia berkaitan dengan pertandingan, peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa (IF) yang berkaitan akan digunakan.
"Memandangkan peraturan Perancis ini berkaitan dengan ahli pasukan Perancis sahaja, kami berhubung dengan CNOSF (Jawatankuasa Olimpik Perancis) untuk memahami situasi lanjut berkenaan atlet-atlet Perancis."
Keputusan Perancis melarang atlet-atletnya daripada mengenakan hijab telah dikritik oleh Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perancis tegas melindungi sekularisme yang ketat dengan undang-undang yang telah mengetatkan kawalannya ke atas komuniti Muslimnya.
Pada Ogos lalu, kerajaan negara itu mengumumkan larangan pemakaian jubah dalam kalangan pelajar wanita Islam di sekolah-sekolah.
Bahkan, terdapat dalam beberapa kes, puluhan gadis telah dihantar pulang apabila mereka mengenakannya ke sekolah.
Pada tahun 2016, Ibtihaj Muhammad merekodkan sejarah dengan menjadi atlet Amerika Syarikat pertama yang menyertai Sukan Olimpik sambil mengenakan hijab. - Agensi
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#hijab dibenarkan di Olimpik
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
#Perancis larang pakai hijab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami