awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu baharu F1 harap hasil yang baik dalam cuaca panas di litar

Bernama
Bernama
21/03/2013
15:27 MYT
Pemandu baharu F1 harap hasil yang baik dalam cuaca panas di litar
Pemandu baharu perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2013 menjangka cuaca panas akan membantu mereka untuk mencatatkan kelajuan lebih tinggi walaupun belum menguji tayar dalam keadaan itu sebelum ini.
Lima pemandu tersebut ialah Jules Bianchi dan Max Chilton daripada pasukan Marussia F1 Team, Esteban Gutierrez (Sauber F1 Team), Valtteri Bottas (Williams F1 Team) serta Giedo van der Garde (Caterham F1 Team).
Gutierrez, 21, berkata keadaan cuaca di Sepang adalah tidak menentu dan ia memainkan peranan utama dengan corak perlumbaan.
"Bagi perlumbaan dalam keadaan panas, tidak ada latihan khusus tetapi perkara penting ialah perlu memastikan badan anda sentiasa terhidrat pada tahap maksimun," kata pelumba Mexico itu pada sidang media di sini, hari ini.
Bagi Chilton, yang pernah beraksi dalam dua perlumbaan GP2 di Litar Sepang , berkata keadaan cuaca panas kali ini tidak seteruk tahun lepas dan perlu memberi tumpuan kepada jentera untuk menghasilkan yang terbaik.
Sementara itu, Van Der Garde menyifatkan keadaan cuaca di Litar Sepang sukar diramal dan berharap ada sedikit hujan di sini.
Pemandu Finland, Bottas, pula berkata beliau tidak mempunyai persiapan khas bagi menangani cuaca panas tetapi akan juga menyesuaikan diri dengan suhu panas dan lembab.
Topic Berkaitan
#Formula Satu (F1) musim 2013
#pemandu baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan