SUKAN
Pemandu Formula 3 retak tulang belakang dalam nahas di litar Macau
Pelumba dari Jerman berusia 17 tahun itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melambung sehingga menyebabkan pelumba Jepun, Sho Tsuboi turut terlibat dalam kemalangan itu. -Reuters
Seorang pemandu Formula 3 retak tulang belakang selepas terlibat dalam kemalangan di Grand Prix, Macau, China pada Ahad.
Sophia Florsch, pelumba dari Jerman berusia 17 tahun hilang kawalan ketika perlumbaan menyebabkan jenteranya terbabas dan menghempas kotak khas yang menempatkan jurugambar litar.
YouTube loklin88

Pasukan Van Amersfoort Racing dalam satu kenyataan berkata Florsch kini dalam keadaan stabil.
Florsch menerusi perkongsian di Twitter peribadinya memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik.

Florsch turut memaklumkan dia akan menjalani pembedahan pada Isnin.
Kemalangan tersebut turut melibatkan jurugambar dan seorang marshal yang terus dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.
Perlumbaan dihentikan serta-merta susulan tragedi namun diteruskan semula sejam kemudian.