KUALA LUMPUR:Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta penggiat sektor sukan dan rekreasi supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar lebih banyak kelonggaran dapat diperoleh untuk sektor berkenaan selepas ini.
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kepatuhan kepada SOP sangat penting untuk meyakinkan kerajaan terutamanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi kebenaran bagi membuka sektor sukan secara berfasa.
Beliau turut menegaskan bahawa situasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dilaksanakan tahun lepas dan PKP 2.0 sekarang, tidak sama apabila kes harian COVID-19 meningkat daripada angka ratusan ke ribuan, dan telah menular ke dalam komuniti.
"Saya meminta penggiat sukan agar kita mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan bahawa komuniti sukan adalah komuniti yang ada pematuhan tinggi, yang dapat menjadi contoh kepada amalan yang kita sering tekankan iaitu 'kita jaga kita'.
"Memang ia merupakan satu proses yang renyah, tapi dalam suasana kita mahu membina keseimbangan antara meneruskan kehidupan dan kekang penularan wabak ini, kita kena lakukan perkara-perkara ini," katanya ketika ditemui Bernama di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
Selasa lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) untuk memulakan latihan menerusi konsep gelembung sukan bermula Isnin ini.
Dua hari kemudian, beliau berkata kebenaran juga diberi kepada aktiviti jogging, 'brisk walking', berbasikal dan senaman terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja manakala tenis, badminton dan ping pong melibatkan acara perseorangan sahaja serta permotoran (dua roda dan empat roda).
Aktiviti lain dibenarkan ialah aktiviti kemahiran kendiri sukan berpasukan seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw tanpa melibatkan sentuhan fizikal.
Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata pihaknya terpaksa mengambil jalan tengah untuk memberikan kebenaran kepada fasiliti sukan seperti padang bola, gelanggang futsal dan badminton beroperasi dengan SOP yang ketat demi kelangsungan hidup pihak yang terlibat dalam industri itu.
"Aktiviti dibenarkan dalam bentuk latihan kemahiran kendiri bermaksud tiada aktiviti bersentuhan.
"Contohnya kita dah tentukan tidak melebihi 30 peratus kapisiti asal, maka boleh buat self training dari segi skil, tapi tidak boleh menyebabkan berlakunya sentuhan kerana sentuhan salah satu daripada pelanggaran kepada SOP.
"Kita bersimpati pada operator fasiliti sukan kerana jika padang-padang ditutup, langsung tiada sesiapa yang nak pergi main, sekali gus menjejaskan pendapatan operator, pekerja dan ada kesan limpahan yang lain.
"Jadi ambil jalan tengah dahulu, sementara kita dapat vaksin dan boleh kembali kepada keadaan biasa, mari kita patuh kepada SOP," katanya.
Reezal Merican turut menegaskan beliau sendiri akan turun padang untuk memantau pematuhan kepada SOP tersebut dilaksanakan, selain pewujudan Rakan Muda - Sports Bubble Volunteers (SBV) turut diyakini dapat membantu pelaksanaan SOP tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021
Reezal berkata kepatuhan kepada SOP penting untuk meyakinkan MKN untuk memberi kebenaran bagi membuka sektor sukan secara berfasa. - Gambar fail/ Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.