Pembangunan e-sukan: MESF mohon peruntukan RM6 juta

Muhammad Naim (lima, kanan) bersama pasukan MLBB dari Malaysia, SRG.OG CG Esports, sebelum berlepas ke Indonesia bagi menghadapi Kejohanan Dunia MLBB (M7) di KLIA hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) memohon dana RM6 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi penganjuran kejohanan dan pembangunan e-sukan tahun ini.
Ringkasan AI
- MESF memohon dana RM6 juta daripada KBS bagi penganjuran kejohanan dan pembangunan e-sukan tahun ini, menyebabkan peningkatan pencapaian e-sukan Malaysia.
- Kalendar kejohanan e-sukan tahun ini padat dengan acara antarabangsa, termasuk Kejohanan Dunia IESF Nations Cup dan Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun.
- Presiden MESF menekankan kepentingan dana tersebut untuk membangunkan liga e-sukan dan melahirkan lebih ramai atlet e-sukan berkualiti melalui penglibatan dalam pelbagai pertandingan.
"Saya rasa jumlah itu cukup untuk kita membangunkan liga bagi pelbagai judul e-sukan. Sebab atlet-atlet e-sukan ini lahir daripada platform pihak ketiga atau pembangunan akar umbi.
"Jadi, mereka ini perlu digilap dengan mendedahkan mereka dengan banyak pertandingan supaya kita dapat lahirkan lebih ramai atket e-sukan berkualiti," katanya ketika ditemui selepas melepaskan pasukan MLBB ke Kejohanan Dunia (M7) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad Naim Al Amin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Selangor Red Giants (SRG) dan CG Esports yang bertanding di M7.
Beliau berkata kedua-dua pasukan itu diharap mampu mempamerkan aksi yang terbaik sekali gus membanggakan nama Malaysia di kejohanan berkenaan.
M7 berlangsung dari 3 hingga 25 Jan bermula dengan format wild card dengan dua pasukan Malaysia, iaitu CG Esports dan SRG.OG hanya akan mula bermain dalam aksi kumpulan pada 10 hingga 17 Jan ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


