IPOH: Pemecatan 12 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang diumumkan pada Selasa adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan persatuan.
Seorang ahli gabungan, Tajul Hasnan Omar mendakwa pemecatan yang diumumkan Pemangku Presiden PAFA Datuk Muhammad Yadzan Mohammad itu juga tidak sah kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
"Kami 12 ahli gabungan agak terkejut dengan pengumuman pemecatan yang dibuat tanpa mengikut prosedur persatuan malah tiada surat hitam putih rasmi dimaklumkan berkaitan alasan pemecatan.
"Muhammad Yadzan juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pemecatan kerana beliau hanya berkuasa untuk memanggil atau mengadakan mesyuarat," katanya yang mewakili 'Kumpulan 12' itu pada sidang media di sini pada Rabu.
Semalam, Muhammad Yadzan pada sidang akhbarnya mengumumkan pemecatan ahli gabungan PAFA dan mendakwa kumpulan itu merancang untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam masa terdekat.
Dakwanya, pemecatan itu berikutan pelanggaran Artikel 80 Perlembagaan PAFA mengenai keahlian yang menyatakan tiada ahli gabungan yang boleh menjadi ahli dua persatuan memandangkan sebelum ini 12 daripada 18 ahli mendesak mengadakan kongres luar biasa.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Tajul Hasnan yang juga Setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Kerian berkata majoriti ahli gabungan meminta diadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi mengisi kekosongan jawatan presiden dan timbalannya yang dikosongkan sejak Januari tahun ini.
"Kita rasa ia patut diisi. Kita tiada niat menggantikan sesiapa. Malah kami masih ahli sah persatuan mengikut Artikel 12 kerana mewakili persatuan bola sepak daerah masing-masing. Kalau ingin pecat, kena ubah perkara ini dalam perlembagaan," katanya.
Ditanya mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan hasrat mereka untuk mengadakan AGM dalam masa terdekat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ahli gabungan PAFA yang lain bagi menyelesaikan isu kekosongan jawatan tersebut secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
Pengerusi 12 Ahli Gabungan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Tajol Aznan Omar (duduk dua, kiri) menunjukkan Buku Perlembagaan Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan ketika berucap pada sidang media. -Bernama
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.
Jawatankuasa adhoc ditubuh urus tadbir PAFA sehingga AGM
Sebuah jawatankuasa adhoc akan ditubuhkan untuk mengurus tadbir Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sehingga mereka selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu
Perak akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang masih lagi digantung sejak Mac lalu.
Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan
Antara badan sukan itu ialah Persatuan Bola Sepak Perak dan Persatuan Olahraga Selangor.
Kemelut kepimpinan: PAFA digantung sehingga enam bulan
Kemelut kepimpinan dalaman yang melanda PAFA akhirnya mengakibatkan badan induk itu digantung sehingga enam bulan kerana berlaku ketidakpatuhan terhadap Perlembagaan persatuan.
Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.
Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA
Menteri Belia dan Sukan beri ruang kepada Pesuruhjaya Sukan untuk selesai kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Pemecatan ahli gabungan PAFA didakwa tidak sah
Pemecatan 12 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang diumumkan semalam adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan persatuan.
Perlu kajian menyeluruh sebelum bubar Perak FC II
Pembubaran memberi kesan kepada nasib pemain, barisan kejurulatihan dan pembangunan bakat muda yang bakal meneruskan legasi The Bos Gaurus.
PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.