awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan atlet ke Sukan Asia di fasa akhir - MGA

Bernama
Bernama
18/06/2023
21:00 MYT
Pemilihan atlet ke Sukan Asia di fasa akhir - MGA
Program NJDP bakal memberi bimbingan kepada 24 pemain golf remaja terbaik yang dipilih untuk diberi pendedahan kepada kejohanan antarabangsa. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Persatuan Golf Malaysia (MGA) kini berada di fasa akhir dalam pemilihan atlet yang bakal menggalas cabaran ke Sukan Asia Hangzhou 2023, September ini.
Presidennya Tan Sri Mohd Anwar Mohd berkata bagi edisi kali kini, skuad negara akan dibarisi pemain amatur terbaik yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Katanya, pemilihan pemain terbabit dibuat berdasarkan pemain yang berada di kedudukan tertinggi dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).
"Kita akan umumkan dalam masa terdekat, pemain kita sekarang berada di Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA) di AS," katanya kepada pemberita selepas majlis Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja negara (NJDP) di sini semalam.
Berdasarkan senarai semasa WAGR, atlet lelaki terbaik negara Malcolm Ting Siong Hung yang menduduki ranking ke-210 manakala Jeneath Wong merupakan wakil terbaik kategori wanita dengan kedudukan ke-51.
Terdahulu, MGA melancarkan program NJDP, iaitu program pembangunan atlet golf remaja yang menumpukan kepada pembentukan pemain elit berprestasi tinggi.
Pengerusi NJDP Fauzi Mesran berkata program berkenaan bakal memberi bimbingan kepada 24 pemain terbaik yang dipilih untuk diberi pendedahan kepada kejohanan antarabangsa.
"Selama enam bulan kita buat pemilihan pemain terbaik ini, Dalam enam bulan mendatang kita akan adakan klinik golf untuk pemain remaja ini, selain mempersiapkan mereka ke tahap terbaik untuk kejohanan antarabangsa ," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Asia Hangzhou 2023
#pemilihan atlet
#atlet golf remaja
#golf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan