PEMILIK Manchester United sedia melepaskan sebanyak 9.5 juta unit saham apabila berhasrat melepaskan lapan peratus pegangan saham mereka.
Kelab itu mengeluarkan satu kenyataan kepada Bursa Saham New York pada Selasa malam dengan mengesahkan penjualan akan dilakukan atas nama Kevin dan Edward Glazer.
Penjualan saham itu akan membolehkan mereka memperoleh kira-kira £137.12 juta (RM779j) sekalipun United dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa 100 peratus keuntungan tersebut akan disimpan oleh keluarga Glazer.
"Manchester United tidak akan menikmati keuntungan penjualan saham Kelas A oleh pemegang saham yang menjualnya," demikian kenyataan yang dikeluarkan.
Ketua Pengerusi Bersama United, Joel Glazer, dalam sebuah forum bersama peminat pada Jun lalu pernah berjanji bahawa kelab itu merancang untuk melepaskan lebih banyak saham, sekali gus berpotensi membenarkan penyokong membelinya ketika kumpulan pemilikan itu berusaha membina hubungan dengan peminat berikutan kontroversi penyertaan ke Liga Super Eropah.
Hubungan keluarga Glazer itu dengan peminat merupakan pendekatan paling drastik pernah dilakukan selepas menyebabkan kelab berkenaan terpaksa menanggung hutang besar dalam usaha Malcolm Glazer membiayai pengambilalihan awalnya pada 2003 dalam bentuk pinjaman yang dijamin menerusi aset United.
Penglibatan mereka dalam cubaan merampas kuasa bola sepak kelab elit Liga Super memburukkan lagi perasaan kurang senang dalam kalangan penyokong hingga mengundang krisis pengurusan, malah forum bersama peminat itu merupakan penampilan pertama Joel Glazer dalam tempoh 15 tahun sebagai pemilik saham.
Tiga bulan sebelum itu, Avram Glazer meletakkan lima juta saham yang bernilai £72.2j (RM410.1j) di pasaran tetapi tidak sesen pun ia tidak disalurkan kepada kelab.
Astro Arena
Wed Oct 06 2021
Sebelum ini, penglibatan keluarga Glazer dalam cubaan merampas kuasa bola sepak kelab elit Liga Super memburukkan lagi perasaan kurang senang dalam kalangan penyokong. - Foto Astro ARENA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pemilik Manchester United sedia jual 9.5 juta saham
Kelab itu mengeluarkan satu kenyataan kepada Bursa Saham New York, mengesahkan penjualan atas nama Kevin dan Edward Glazer.
Goldman Sachs dakwa kerajaan Barisan Nasional berbohong
Bank itu mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri sebelum pemfailan tuduhan itu
Candy Crush mahu disenarai di Bursa Saham New York
Sejak pelancarannya pada 2012, ia telah dimuat turun lebih daripada 500 juta kali di platform media sosial Facebook.