Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr

Astro Arena
Jun 6, 2023 01:02 MYT
PIF mengambil 75 peratus kepentingan kelab Al Nassr, Al-Hilal, Al-Ahli dan Al-Ittihad. - Foto Public Investment Fund
DANA kekayaan kerajaan Arab Saudi yang memiliki Newcastle telah mengambil pegangan majoriti dalam empat kelab terbesar negara Timur Tengah itu, termasuk pasukan Cristiano Ronaldo, Al-Nassr.
Public Investment Fund (PIF) mengambil 75 peratus kepentingan kelab Al Nassr, finalis Liga Juara-Juara Asia, Al-Hilal, Al-Ahli dan Al-Ittihad, yang difahamkan berminat untuk menandatangani Karim Benzema selepas berhasrat meninggalkan Real Madrid pada penghujungnya musim ini.
PIF juga memiliki 80 peratus kepentingan dalam Newcastle berikutan pengambilalihan yang berlarutan dan kontroversi pada Oktober 2021.
Sumber yang dipercayai telah memberitahu agensi berita PA bahawa langkah untuk mengambil alih kepentingan dalam empat kelab Saudi itu tidak membentuk model pemilikan pelbagai kelab yang melibatkan Newcastle.
Setiap kelab akan diuruskan oleh lembaga bebas dan mempunyai pengurusan eksekutif yang berasingan, kata sumber itu.
Kelab di peringkat teratas Arab Saudi, yang secara teknikalnya dimiliki oleh Kementerian Sukan negara itu sehingga kini, sedang diswastakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk membantu sukan itu terus berkembang.
FIFA telah didekati untuk mengulas mengenai isu tersebut.
Satu kenyataan di akaun Twitter PIF berbunyi, “Sebagai sebahagian daripada pengumuman hari ini mengenai Projek Pelaburan dan Penswastaan Kelab Sukan, empat kelab Saudi -- Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, dan Al-Hilal -- telah bertukar menjadi syarikat, yang masing-masing dimiliki oleh PIF dan yayasan bukan untung untuk setiap kelab.”

As part of todays announcement of the Sports Clubs Investment and Privatization Project, four Saudi clubs Al Ittihad, Al Ahli, Al Nassr, and Al Hilal have been transformed into companies, each of which is owned by #PIF and non-profit foundations for each club. pic.twitter.com/TNZcbIniUE

— Public Investment Fund (@PIF_en) June 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PIF #Newcastle #Arab Saudi #Al-Nassr