awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik Tottenham berdepan dakwaan bocor maklumat sulit

Astro Arena
Astro Arena
27/07/2023
04:55 MYT
Pemilik Tottenham berdepan dakwaan bocor maklumat sulit
Lewis (gambar) didakwa menggunakan kelebihan aksesnya ke atas maklumat sulit untuk memberikan petua saham kepada individu yang rapat dengannya. - Foto Astro ARENA
PEMILIK Tottenham, Joe Lewis, telah ditangkap dan akan dihadapkan ke mahkamah di Amerika Syarikat (AS) hari ini atas dakwaan memberi petua perdagangan dalaman kepada rakan, kekasih dan juga juruterbang peribadinya.
Pejabat Peguam AS bagi Daerah Selatan New York telah mendakwa lelaki berusia 86 tahun itu dengan 16 pertuduhan penipuan sekuriti dan tiga pertuduhan konspirasi.
Pendakwa raya berkata, Lewis didakwa telah menggunakan kelebihan aksesnya ke atas maklumat sulit untuk memberikan petua saham kepada individu yang rapat dengannya.
Dakwaan merujuk kepada seorang teman wanitanya yang telah memperoleh £657,000 (RM3.8 juta) hasil daripada salah satu maklumat tersebut.
Lewis telah ditangkap pada awal pagi Rabu, kata pendakwa raya, sambil menambah, maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.
British investor and billionaire businessman Joseph Lewis charged with insider trading and financial fraudhttps://t.co/Ceo6fAq5De
— US Attorney SDNY (@SDNYnews) July 26, 2023
Penasihat undang-undang Lewis, David Zornow, dari firma Skadden, Arps, Slate, Meagher & Flom, berkata: “Kerajaan telah membuat kesilapan besar dalam penghakiman kerana mendakwa Lewis, seorang lelaki berusia 86 tahun yang mempunyai integriti yang sempurna dan pencapaian yang luar biasa.
“Lewis telah datang ke AS secara sukarela untuk menjawab tuduhan yang tidak disangka-sangka ini dan kami akan membelanya dengan bersungguh-sungguh di mahkamah.”
Setiap satu daripada 13 pertuduhan pertama penipuan sekuriti membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, kata pendakwa raya Manhattan dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#penipuan sekuriti
#Joe Lewis
#Tottenham Hotspur FC
#bocor maklumat sulit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan