SUKAN

Penalti Mac Allister bantu Brighton benam Manchester United

Astro Arena 05/05/2023 | 01:15 MYT
Pemain Brighton meraikan kejayaan setelah Mac Allister mencetak gol pertama bagi pasukannya dalam perlawanan EPL antara Brighton & Hove Albion dan Manchester United di Stadium AMEX, Brighton, England, 4 Mei 2023. (Foto AP)
ALEXIS Mac Allister membawa Brighton ke tangga keenam dalam Liga Perdana Inggeris selepas menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan yang penuh dramatik untuk menjejaskan harapan Manchester United layak ke pentas Liga Juara-Juara.

Pemenang Piala Dunia Argentina itu dengan cemerlang menyumbat masuk bola ke sudut kiri pada minit ke-99 selepas Luke Shaw dilayangkan kad merah kerana bola terkena tangan berikutan campur tangan VAR.

Kemenangan 1-0 Brighton daripada pertandingan Stadium Amex yang menggembirakan membuatkan mereka memintas Tottenham dan Aston Villa.

Seagulls hanya empat mata di belakang Liverpool serta berkelebihan dua perlawanan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#Manchester United #EPL #Alexis Mac Allister #Brighton & Hove Albion