SPORTS

Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan

Astro Arena 16/03/2024 | 01:45 MYT
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy berikutan terjahan Roger Ibanez ke atas Sami Al-Najei.
CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika Al-Nassr kembali menemui rentak kemenangan 1-0 ke atas Al-Ahli.

Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy berikutan terjahan Roger Ibanez ke atas Sami Al-Najei.

Kemenangan Al-Nassr itu merupakan kejayaan mereka menamatkan empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam semua pertandingan dan mengurang jurang dengan pendahulu liga, Al-Hilal kepada sembilan mata. - Stadium Astro

|| Full time, @AlNassrFC 1:0 #AlAhli
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Cristiano Ronaldo #Al-Nassr #bola sepak #Liga Pro Saudi