awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penang tundukkan KL City di Stadium Bandaraya

Bernama
Bernama
24/09/2022
21:45 MYT
Penang tundukkan KL City di Stadium Bandaraya
Penang FC menewaskan Kuala Lumpur City FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang malam tadi. - Facebook Penang Football Club
KUALA LUMPUR: Penang FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang malam tadi.
KL memulakan aksi dengan garang melalui asakan bertali-arus ke gawang tuan rumah, mempunyai beberapa peluang mendapatkan gol namun belum cukup bagi menghukum Penang apabila dikecewakan dengan penyudah kurang kemas selain dinafikan penjaga gol Khatul Anuar Jalil.
Antaranya percubaan menerusi penyerang Jordan Mintah pada minit ke-30 dan ke-34 namun Khatul Anuar menampilkan aksi cemerlang menafikan percubaan pasukan pelawat berkenaan seterusnya menyaksikan perlawanan terikat 0-0 pada babak pertama.
Bersambung babak kedua perlawanan, Penang kembali bangkit apabila menjaringkan gol menerusi tandukan padu penyerang import Lucas Silva melalui hantaran silang Rafiuddin Roddin daripada sebelah kiri padang pada minit ke-79.
Lucas terus mengganas apabila cuba mencari gol kedua buat skuad kendalian Datuk Zainal Abidin Hassan pada minit ke-80 perlawanan namun percubaannya ditampan penjaga gawang pasukan pelawat.
Permainan terus rancak dengan Penang dan KL saling berbalas serangan dalam usaha mencari kemenangan, namun tiada jaringan tambahan berjaya dicipta menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat berpihak kepada Penang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Penang FC
#Kuala Lumpur City FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan