awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Penangan Ronaldo', jumlah pengikut Instagram kelab Al Nassr naik mendadak

Faida Rahim
Faida Rahim
31/12/2022
04:10 MYT
'Penangan Ronaldo', jumlah pengikut Instagram kelab Al Nassr naik mendadak
Jumlah pengikut Instagram Al Nassr kini meningkat sehingga 2.6 juta selepas bekas kapten Portugal itu menandatangani kontrak.- Foto Twitter/AlNassr FC
DOHA: Susulan berita perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab bola sepak Al Nassr, jumlah pengikut Instagram pasukan dilaporkan naik mendadak.
Meninjau ruangan pengikut pasukan Liga Pro Saudi itu, jumlah pengikut kini meningkat sehingga 2.6 juta selepas bekas kapten Portugal itu menandatangani kontrak.
Sebelum ini, jumlah pengikut di Instagram Al Nassr kekal berada pada angka 860,000.
Kredit: IG Era FM
Kredit: IG Era FM
Terdahulu, Cristiano Ronaldo dilaporkan bersetuju dengan tawaran kontrak mega £172.9 juta (RM922 juta) setahun dengan kelab Al Nassr di Arab Saudi.
“Saya tidak sabar untuk menemui liga bola sepak baharu di negara lain,” kata bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu.
BACA: Cristiano Ronaldo sah sertai kelab Arab Saudi, Al Nassr
Kontrak pemain berusia 37 tahun itu di Manchester United ditamatkan awal bulan ini susulan temubualnya dengan Piers Morgan yang mencetuskan kemarahan hierarki United.
Menurut media Sepanyol, Marca, Ronaldo dilaporkan bersetuju dengan kontrak dua tahun setengah dengan Al Nassr bernilai £172.9 juta (RM922 juta) setahun dan beraksi sehingga berusia 40 tahun.
Al Nassr antara kelab paling berjaya di Arab Saudi, sembilan kali muncul juara liga negara itu dengan kejayaan terakhir pada 2019.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#bola sepak
#Arab Saudi
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan