Pencak silat: Taqiyuddin, Afifi sumbang gangsa keenam

Astro Arena
Ogos 27, 2018 05:40 MYT
Mohd Taqiyuddin Hamid (kiri) dan Muhammad Afifi Nordin (kanan) menunjukkan pingat gangsa selepas memungut 560 mata dalam acara pencak silat ganda putra pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Padepokan Pencak Silat hari ini. - Foto BERNAMA
SKUAD silat negara menyumbang pingat gangsa keenam Malaysia selepas pasangan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Muhamad Afifi Nordin mengutip 560 mata menerusi acara ganda putra dalam Sukan Asia Indonesia di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah, hari ini.
Sedikit aksi kurang kemas yang dipamer Taqiyuddin dan Afifi menyaksikan mereka hanya dibezakan dua mata dengan pemenang pingat perak, Tran Duc Danh dan Hong Quan Le dari Vietnam, yang meraih 562 mata.
Bagaimanapun, dua pesilat negara itu tetap perlu diberi pujian kerana memulakan rentak cemerlang bagi kem silat dalam saingan hari ini.
Emas menjadi milik gandingan tuan rumah, Yola Primadona Jampil dan Hendy, selepas mereka meraih mata tertinggi, 580 mata.
#ganda putra #Jakarta #mohd taqiyuddin hamid #Muhamad Afifi Nordin #Palembang #pencak silat #silat #silat ganda #Sukan Asia #Sukan Asia 2018