Atlet terjun negara yang memulakan kempen hari ini bertindak cemerlang apabila menyumbang sebutir perak dan gangsa kepada kontinjen negara di Sukan Asia ke-17 di sini.
Pasangan Wendy Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama wanita manakala pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Ooi Tze Liang dan gandingannya Chew Yiwei meraih gangsa acara 10m platform seirama lelaki.
Kedua-dua acara ini didominasi oleh penerjun China.
Esok, ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee bakal memulakan cabaran dalam acara 10m platform seirama manakala pasangan Ooi dan Chew akan cuba memecah dominasi China dalam acara 3m papan anjal seirama.
Episod duka sepak takraw masih belum berakhir apabila regu lelaki dan wanita gagal mengutip mata pada perlawanan pertama antara regu Kumpulan B.
Regu lelaki tewas rubber set 21-14, 16-21 dan 10-21 kepada Korea Selatan manakala regu wanita pula tunduk 21-17, 16-21 dan 12-21 kepada regu Jepun.
Dalam pada itu, boling sekali lagi memberikan keputusan hambar apabila sekadar menduduki tempat kelapan dalam acara lima berpasukan lelaki.
Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Adrian Ang, Alex Liew Kien Liang, Tan Chye Chern dan Zulmazran Zulkifli sekadar mengumpul 2,938 jatuhan pin.
Lima berpasukan wanita pula berada di tangga ketujuh.
Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Hee Kar Yen, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Shalin Zulkifli mencatatkan 2,830 jatuhan pin.
Esok, kedua-dua skuad lelaki dan wanita bakal meneruskan cabaran pada blok kedua.
Sukan layar juga dijangka bakal menyumbang pingat kepada negara apabila menamatkan dua perlumbaan terakhir.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada penganjur sama ada untuk menambah satu hari lagi perlumbaan memandangkan perlumbaan ke-11 hari ini dibatalkan berikutan hujan lebat.
Skuad kriket lelaki juga bakal beraksi merebut slot ke separuh akhir esok. Skuad negara bakal berdepan Hong Kong pada perlawanan suku akhir.
Bernama
Mon Sep 29 2014
Kedua-dua acara terjun hari ini didominasi oleh penerjun China - Foto Bernama
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Penerjun cemerlang hari pertama dengan satu perak dan satu gangsa
Atlet terjun negara yang memulakan kempen hari ini bertindak cemerlang apabila menyumbang sebutir perak dan gangsa kepada kontinjen negara di Sukan Asia ke-17 di sini.