Pengadil di Malaysia perlu menimba banyak pengalaman dan diberi pendedahan secukupnya supaya Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) boleh memberikan mereka peluang mengadili perlawanan di peringkat antarabangsa.
Setiausaha Agung AFC, Windsor Paul John, berkata sekiranya pengadil tempatan tidak diberikan pendedahan yang baik, mereka mungkin terlepas pengalaman untuk mengadili pertandingan di peringkat tertinggi dunia.
"Tapi saya tidak mengatakan keputusan membawa pengadil luar khusus untuk beberapa perlawanan bukan satu perkara yang tidak baik.
"Kalau itu yang dirasakan akan membawa satu impak yang baik kepada bola sepak Malaysia, itu tertakluk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk buat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian di antara AFC dengan DDMC Fortis Limited.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai hasrat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk membawa masuk pengadil luar negara untuk mengadili perlawanan penting Liga Malaysia (Liga-M).
Terbaru, Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa MFL akan mewujudkan Badan Bebas Pengadil bermula musim depan untuk menggunakan kepakaran luar bagi meningkatkan standard pengadil tempatan berikutan kontroversi melibatkan pengadil pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu.
Windsor menjelaskan bahawa AFC juga menggunakan khidmat pengadil luar dari Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF), tetapi ia lebih kepada kerjasama melibatkan program pertukaran.
"Ia adalah untuk memberi peluang kepada pegawai kita, contohnya kalau ada pegawai dari CONCACAF datang mengadili perlawanan di Asia, pegawai kita juga akan pergi ke pertandingan CONCACAF, itu adalah untuk menimba pengalaman," katanya.
Sementara itu, Windsor berkata menerusi perjanjian itu, DDMC Fortis menjadi agensi eksklusif menjaga hak komersial dan penyiaran untuk pertandingan di bawah AFC untuk tempoh 2021-2028 seperti yang diputuskan oleh mesyuarat Exco AFC pada 11 Jun lalu di Moscow.
Perjanjian itu meliputi hak komersial dan penyiaran untuk semua pertandingan peringkat kelab dan antarabangsa di bawah AFC seperti Piala Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan kelayakan Piala Dunia rantau Asia kecuali untuk zon Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).
"Fortis mempunyai kepakaran mengendalikan pertandingan dengan adanya pegawai-pegawai berpengalaman yang bertanggungjawab mewujudkan Liga Juara-Juara UEFA manakala DDMC pula memberikan sokongan kewangan. Kita lihat sebagai satu pakej yang baik.
"Kita harap perjanjian ini akan bawa AFC ke satu tahap yang lebih tinggi dan menjadi permulaan baharu kepada AFC untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi," katanya sambil menjelaskan kerjasama sedia ada dengan Lagardere Sports and Entertainment akan tamat pada tahun 2020.
Terdahulu, Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Pengerusi DDMC Fortis, Dr Yi Rentao menandatangani perjanjian itu di sebuah hotel di sini.
Shaikh Salman berkata perjanjian tersebut memberi jaminan bahawa negara anggota AFC mempunyai asas kewangan yang kukuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 29 2018
Jika tidak diberikan pendedahan yang baik, pengadil tempatan mungkin terlepas pengalaman untuk mengadili pertandingan di peringkat tertinggi dunia. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.