Keputusan pengadil Martin Atkinson untuk melayangkan kad merah terhadap pemain Liverpool Steven Gerrard menjadi tumpuan perlawanan diantara Liverpool dan Manchester United yang berkesudahan 2-1.

Pemain kebangsaan Sepanyol Juan Mata menjadi wira United apabila berjaya meledak gol pada minit ke 14 dan minit ke 59.

Liverpool merapatkan jurang pada minit ke 69 menerusi rembatan Daniel Sturridge namun tiada jaringan tambahan dihasilkan.

Walaubagaimanapun, keputusan pengadil Martin Atkinson nyata menjadi perbualan selepas melayangkan kad merah kepada bintang Liverpool Steven Gerrard yang hanya sempat berada diatas padang selama 45 saat.

Ini merupakan kad merah ke 5 dilayangkan pengadil tersebut dalam 6 perlawanan sebelum ini.

Pada minit ke 56, pertahanan United Phil Jones telah melakukan terjahan keras terhadap pemain tengah Liverpool Jordan Henderson namun pengadil sekadar melayangkan kad kuning.

Tindakan itu mengundang kemarahan penyokong Liverpool yang telah mengecam pengadil itu sehingga tamat perlawanan.

Dihujung perlawanan United telah dihadiahkan sepakan penalti namun ulang tayang menunjukkan pertahanan Liverpool Emre Can tidak melakukan terjahan keras terhadap Daley Blind namun sepakan Wayne Rooney berjaya diselamatkan penjaga gawang Simon Mignolet.

Disamping itu, laman Wikipedia pengadil kelahiran Bradford tersebut turut diubah oleh individu yang jelas kurang senang dengan keputusannya.