Pengakuan legenda sukan lumba basikal, Lance Armstrong mengenai dirinya yang menggunakan dadah terlarang sepanjang karier berbasikalnya telah mendedahkan diri beliau kepada ancaman disaman daripada pelbagai pihak.

Menurut peguamnya, juara tujuh kali ‘Tour de France’ itu bakal berdepan dengan pelbagai saman terutama dari bekas rakan sepasukannya dan para penaja yang begitu kecewa dengan penggunaan dadah dan cubaan Lance untuk menyembunyikan dari pengetahuan semua pihak.

Dengan itu juga, kemunculannya dalam program bual bicara bersama Oprah Winfrey dan pengakuannya dalam penggunaan bahan terlarang itu selama hampir satu dekad setengah telah meletakkan reputasi beliau dalam keadaan berisiko.

“Saya berpendapat ianya bakal menjadi suatu pengadilan besar terhadap beliau. Malah, beliau juga bakal berdepan dengan ‘pengadilan’ yang melibatkan wang begitu besar,” kata Peter Keane, seorang profesor undang-undang di Universiti Golden Gate di San Francisco.

Pengakuan bersalah Armstrong itu telah memaksa beliau untuk membayar sejumlah besar gantirugi yang diselesaikan di luar mahkamah dan ini akan memberi peluang kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menambahkan lagi tuduhan serius terhadap beliau.

Sementara itu, perlakuan agresif dan kurangnya rasa kekesalan beliau mengenai tindakannya itu ketika diwawancara akan mampu memaksa pihak hakim dan juri mendakwa beliau di mahkamah, malah akan membolehkan ramai lagi tampil untuk menyaman beliau.

“Beliau telah melakukan satu perkara yang sangat teruk” kata Jordan Kobritz, seorang bekas peguam dan Ketua Unit Sukan di Universiti SUNY Cortland dalam responnya terhadap pandangan peminat sukan dan ahli sukan profesional dalam jaringan sosial dan televisyen.

“Saya tak fikir yang beliau benar-benar menyesal dan ikhlas terhadap pengakuannya,” katanya lagi kepada AFP selepas bahagian pertama wawancara itu disiarkan pada Khamis lalu.

“Sebagai bekas peguam, saya rasa peguam (Armstrong) tidak begitu senang dengan apa yang beliau lakukan kerana ianya pasti melibatkan pelbagai tindakan undang-undang selepas ini. Malah, rasa tidak senang peguam Armstrong itu sememangnya tepat,”

Kobritz menambah Armstrong terlepas peluangnya untuk memohon maaf secara ikhlas dan terbuka kepada bekas tukang urut untuk pasukannya, Emma O’Reilly dan isteri bekas teman sepasukannya, Betsy Andreu, yang pernah dicela oleh Armstrong ketika mereka cuba untuk mendedahkan penggunaan dadah oleh beliau.

“Beliau (Armstrong) telah melukakan hati mereka dengan mencela mereka dengan pelbagai gelaran yang buruk,” kata Kobritz, yang menjangka wanita tersebut akan menyaman beliau. “Beliau sebenarnya telah memusnahkan peluang itu dan telah pula membuka ruang kepada wanita tersebut untuk mencari dan menyaman beliau,”.

“Penyelsaian yang paling logik yang mampu dicapai pun bayaran gantirugi dan beliau mampu menyelesaikannya,”

Namun, itu bukanlah cabaran tindakan undang-undang terhadap Armstrong yang besar

Jabatan Kehakiman AS semakin hampir untuk mencapai keputusan samada untuk meletakkan nama pihak kerajaan terhadap satu pengaduan yang dilaporkan pada 2010 terhadap Armstrong oleh bekas rakan sepasukannya dalam pasukan, US Postal Service, Floyd Landis.

The Postal Service – sebuah agensi persekutuan telah membayar USD 30 million (RM 90,287,700) sebagai wang untuk menaja pasukan Armstrong dan kini mereka berkemungkinan besar cuba untuk mendapatkannya semula.

Keane pula berkata keputusan untuk menggugurkan siasatan terhadap Armstrong dari Jabatan Kehakiman telah menjadi suatu perkara yang tidak disenangi oleh agensi itu dan banyak pihak mahukan kes itu dibuka semula setelah apa yang terjadi.

“Sekarang ini, dengan apa yang yang telah terjadi, Jabatan Kehakiman akan menerima tekanan yang begitu hebat oleh pihak yang mahukan kes itu dibuka semula,” katanya kepada AFP.

“Jika itu tidak juga dilakukan, ianya akan menunjukkan lelaki ini kebal dan melebihi kuasa undang-undang yang ada,”

Keane berkata dalam pada Armstrong menerima tindakan saman bertalu-talu, beliau juga akan mendapati dirinya didakwa kerana berbohong kepada penyiasat persekutuan pada siasatan kes tipu unutk mendapatkan penaja sebelum ini.

Malah, wawancaranya dengan Winfrey turut tidak mampu membantunya dalam kes beliau.

“Beliau sememangnya seorang yang pentingkan diri sendiri kerana sanggup memusnahkan orang lain demi mencapai mencapai tujuan beliau,” kata Keane.

“Sangat nyata bahawa beliau mahu kembali semula berlumba dan mencapai segala status bak selebriti yang beliau pernah kecapi. Namun, kini, tiada seorang pun yang akan percaya mengenai itu,” .