IKER Casillas mempertahankan Zinedine Zidane dan menganggap pengurus itu akan mengutip pengalaman dalam permulaan buruk Real Madrid untuk mempertahankan kejuaraan LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.
Madrid menjuarai kedua-dua pertandingan itu musim lalu dan dijangka akan kekal ampuh selepas membenam Barcelona dalam dua pertemuan Supercopa de Espana, rentak itu bagaimanapun gagal dikekalkan.
Anak buah Zidane kini menduduki tangga ketiga liga, dijarakkan lapan mata dengan pendahulu, Barca, manakala di belakang Tottenham Hotspur dalam pemburuan slot pusingan 16 UCL selepas tumbang di Wembley, minggu lalu.
Sebaliknya, Casillas percaya pengalaman bekas rakan sepasukannya di Madrid itu yang kini bertindak sebagai jurulatih semakin bertambah seiring dengan musim yang dilaluinya, sambil menyatakan peluang mereka tidak boleh diperkecilkan.
"Hasil keputusan yang mengecewakan akan menjadikannya lebih kuat," ujar penjaga Porto itu kepada Omnisport.
"Semua orang menunggu kesilapan daripada Real, namun mereka adalah sebuah pasukan yang berturut-turut memenangi UCL dan belum pernah ada pasukan lain dapat melakukannya sebelum ini.
"Mereka tidak berada dalam keadaan yang terbaik dalam LaLiga ketika ini selain tewas kepada Tottenham, tetapi kita perlu tunggu.
"Baki aksi LaLiga masih banyak, begitu juga dengan UCL. Semuanya akan diputuskan pada Februari nanti."
Casillas memenangi Anugerah Golden Foot Hublot 2017 di Monaco, malam tadi untuk mengikut jejak langkah penjaga gol, Gianluigi Buffon, yang meraih anugerah itu tahun lalu.
Sejak bergelut beberapa tahun kebelakangan ini, pemain berusia 36 tahun itu bangkit hasil dorongan pemain hebat dalam generasinya.
"Jika Buffon bersara pada usia 40-an, saya akan cuba saya mahu memanjangkan karier setahun lebih lama daripadanya," ujar Casillas lagi.
"Saya rasa dia telah memikirkan keputusannya untuk bersara, begitupun saya berharap dia akan mempertimbangkannya semula kerana bola sepak memerlukan pemain sepertinya."
Astro Arena
Wed Nov 08 2017
Casillas percaya pengalaman Zidane (gambar) semakin bertambah seiring dengan musim yang dilaluinya, sambil menambah, peluang Real Madrid tidak boleh diperkecilkan. - Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.