awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengalaman tidur di rumah Ronaldinho dengan sewa RM50 ribu semalam

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2014
01:36 MYT
Pengalaman tidur di rumah Ronaldinho dengan sewa RM50 ribu semalam
Ronaldinho mengesahkan perkara itu di laman Twitter-nya - Foto AFP
Apabila tidak terpilih menyertai skuad Brazil bimbingan Luiz Felipe Scolari untuk Piala Dunia 2014, Ronaldinho tampil dengan cara tersendiri untuk menjana kewangannya di musim kejohanan besar itu.
Bekas penyerang Barcelona berkenaan memutuskan untuk memberi sewa rumahnya di Rio de Janeiro dengan harga GBP9,120.00 (RM50,130.00) semalaman, bagi memberi peluang keunikan kepada peminat.
Ronaldinho mengesahkan perkara itu di laman Twitter-nya bahawa rumah tersebut sedia untuk disewakan menerusi Airbnb.com ketika kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung.
Bintang Atletico Mineiro itu berkata: "Ini adalah untuk sesiapa yang ragu-ragu bahawa saya akan memberi sewa rumah saya di Airbnb! nikmati #CasaR10."
Harta Ronaldinho yang juga memiliki enam bilik mandi, adalah di dalam komuniti berpagar di kawasan Barra da Tijuca di Rio.
Kepada sesiapa yang mampu bermalam di rumah pemain 34 tahun itu, dia akan mempunyai akses kepada sauna, bilik bawah tanah dan satu peti sejuk bir.
Seni diilhamkan Ronaldinho mengisi rumah, termasuk lukisan potretnya ketika menyarung jersi Paris Saint-Germain, AC Milan dan pasukan kebangsaan.
Deposit hanya sebanyak lebih GBP600 (RM3,297) diperlukan dan merokok hanya dibenarkan di luar rumah, tetapi 'service team' akan disediakan untuk tetamu. -- Astro Arena
Topic Berkaitan
#Brasil
#Brazil
#FIFA
#Luiz Felipe Scolari
#Ola Bola
#Piala Dunia 2014
#Ronaldinho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan