SPORTS
Pengendali Newcastle dikejarkan ke hospital, bakal terlepas bertemu Man United

Eddie Howe telah mengalami masalah kesihatan sejak beberapa hari yang alu dan tidak akan berada di St James’ Park hari ini. - Stadium Astro
KETUA jurulatih Newcastle United, Eddie Howe, telah dibawa ke hospital pada Jumaat dan bakal terlepas aksi bertemu Manchester United.
Pemenang Piala Liga itu berkata pengendali berusia 47 tahun itu telah mengalami masalah kesihatan sejak beberapa hari yang alu dan tidak akan berada di St James’ Park hari ini.
Kali terakhir dia berkhidmat ketika pasukan bertemu Leicester dalam aksi terdahulu.
Dalam satu kenyataan, Howe berada dalam keadaan sedar, bercakap dengan ahli keluarga dan terus menerima rawatan perubatan.Penolong, Jason Tindall dan jurulatih, Graeme Jones, akan memimpin pasukan, “Semua individu di Newcastle United mengucapkan semoga segera sembuh buat Eddie, dan sebarang perkembangan akan disusuli.”
Tindall berkongsi, “Keadaannya kurang sejak beberap hari yang lalu tetapi kami sentiasa berhubung. Kami saling menghubungi tiga ke empat kali sehari dan persiapan pasukan tidak terjejas. Kami akan bersedia untuk perlawanan hujung minggu ini.” - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami