[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

'Pengganti Usain Bolt' berusia 17 tahun catat larian bawah 10 saat dua kali dalam tempoh satu hari!

Astro Arena 12/04/2025 | 10:32 MYT
Gout melakukan larian 9.99 saat dalam saringan bagi acara 100m bawah 20 tahun sebelum melakukan masa yang sama dalam final. - Foto Stadium Astro
BINTANG olahraga sedang meningkat, Gout Gout dicanang sebagai 'pengganti Usain Bolt' selepas melakukan catatan bawah 10 saat dalam acara 100 meter dua kali dalam tempoh satu hari yang sama.

Ringkasan AI
  • Atlet muda Gout Gout mencatat masa 9.99 saat dalam acara 100 meter dua kali dalam satu hari di Kejohanan Olahraga Australia.
  • Masa tersebut tidak diiktiraf secara rasmi kerana bantuan angin melebihi had yang ditetapkan oleh IAAF.
  • Walaupun tidak rasmi, catatan masa Gout menunjukkan potensinya yang besar sebagai pelari masa depan.

Atlet berusia 17 tahun itu, yang tidak pernah melakukan catatan tersebut, melakukan larian 9.99 saat dalam saringan bagi acara 100m bawah 20 tahun sebelum melakukan masa yang sama dalam final ketika Kejohanan Olahraga Australia di Perth Khamis lalu.
Gout meraikan kemenangan sambil meniru gaya Bolt apabila melintasi garisan penamat sebagai pemenang dan menjadi pelari Australia yang ketiga melakukan larian bawah 10 saat.
Bagaimanapun, catatan tersebut bukanlah yang rasmi berikutan bantuan angin.
Berdasarkan undang-undang Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), hanya catatan masa yang dilakukan di bawah bantuan angin +2.0m/s sahaja yang akan diiktiraf.
Catatan masa Gout dalam saringan memperoleh bantuan angin 3.5m/s manakala di final pula dengan 2.6m/s bantuan angin.
Namun kebolehan atlet muda dari Queensland itu melakukan catatan 9.99s cukup untuk membuktikan potensinya cukup besar. -- Stadium Astro
#Gout Gout #pengganti Usain Bolt #bawah 10 saat #100 meter #Kejohanan Olahraga Australia