Pengganti Wenger akan diumumkan sebelum Piala Dunia bermula

Ian Johan Ariff
Mei 8, 2018 07:26 MYT
Arsene Wenger meninggalkan Arsenal selepas 22 tahun berkhidmat sebagai pengurus Arsenal. - Foto REUTERS/Scott Heppell
ARSENAL yakin dapat mengumumkan nama pengganti Arsene Wenger sebelum Piala Dunia FIFA Rusia bermula bulan depan.
Bagaimanapun Arsenal tidak menetapkan sebarang tempoh untuk menamakan pengganti pengurus berusia 68 tahun itu, selepas 22 tahun berkhidmat bersama the Gunners.
Namun bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique dan Massimiliano Allegri dari Juventus dikaitkan dengan jawatan itu.
Selain itu, bekas pemain Arsenal, Mikel Arteta yang kini berkhidmat di Manchester City dan juga Patrick Vieira di New York City turut dikaitkan sebagai calon untuk menggantikan Wenger.
Sebelum ini terdapat khabar angin yang menyatakan pengurus Monaco, Leonardo Jardim dan Carlo Ancelotti akan mengambil alih tugas di Stadium Emirates.
#Arsenal #Arsene Wenger #barcelona #Carlo Ancelotti #Gunners #Juventus #Leonardo Jardim #Luis Enrique #Massimiliano Allegri #Mikel Arteta #Patrick Vieira #Stadium Emirates #Wenger