SAO PAULO: Jasad legenda bola sepak Brazil, Pele  ditempatkan di Stadium Vila Belmiro bagi upacara penghormatan terakhir.

Jasad Pele atau nama sebenar Edson Arantes do Nascimento ditempatkan di stadium itu dua hari sebelum dikebumikan di kampung halamannya, Santos pada Rabu.

Pengebumian akan diadakan di sebuah tempat pemakaman di Santos dan hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat.

Orang ramai dibenarkan membuat penghormatan terakhir di stadium berkenaan bermula 10 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi keesokan harinya.

Pele meninggal dunia pada 29 Disember lalu akibat barah kolon pada usia 82 tahun.

BACA: Legenda bola sepak Pele meninggal dunia

Ketika hayatnya, Pele berjaya membawa kegemilangan kepada bola sepak Brazil selepas menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970.

Pemergian | Penghormatan terakhir Pele di Stadium Vila Belmiro