SUKAN
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Langkah berkenaan yang disifatkan sebagai satu keputusan besar wajar dihormati demi kepentingan sukan itu secara keseluruhan. - Reuters
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran mengambil langkah menyeluruh bagi meredakan polemik yang melanda arena bola sepak tanah air ketika ini termasuk mempertimbangkan pengunduran daripada jawatan dalam badan induk tersebut.
Pemerhati bola sepak tempatan Datuk Richard Scully berkata langkah berkenaan yang disifatkan sebagai satu keputusan besar wajar dihormati demi kepentingan sukan itu secara keseluruhan.
"Satu keputusan yang harus dihormati dan saya rasa sesuatu perlu dilakukan untuk meredakan suasana yang sedang berlaku ketika ini.
"Pahit memang pahit. Kita tidak menyebut individu, tetapi pendekatan secara menyeluruh perlu diambil sekiranya itu jalan terbaik. Saya tidak pasti, namun dimaklumkan bahawa perkara ini mungkin berlaku pada minggu hadapan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Scully, yang juga bekas Pendidik Jurulatih dan Pencarian Bakat Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP), berharap segala urusan berkaitan dapat dipermudahkan demi masa depan bola sepak negara, khususnya melibatkan pihak di peringkat akar umbi dan kelab-kelab tempatan.
"Saya bimbang tempiasnya akan sampai ke peringkat bawah," katanya.
Krisis yang sedang melanda FAM bermula pada September tahun lepas selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan persatuan itu dan tujuh pemain iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).
Siasatan mendapati FAM mengemukakan dokumen yang dipercayai dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan ketujuh-tujuh pemain tersebut, sekali gus membolehkan mereka beraksi dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia AFC 2027 di sini, pada Jun tahun lepas.
Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000) dan kesemua mereka digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan.
FAM kini menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan ketujuh-tujuh pemain berkenaan, sekali gus mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib berhubung pelanggaran serius Artikel 22 FDC.
Isu pemalsuan dokumen tersebut menjejaskan imej FAM serta menghakis kepercayaan penyokong terhadap badan induk berkenaan, sekali gus mencetuskan gesaan supaya kepimpinan FAM meletak jawatan.
-- BERNAMA