Penjaga gol Manchester United sertai Crystal Palace

Sinar Harian
September 1, 2023 01:20 MYT
Henderson dipinjamkan ke Sheffield United dari 2018-2020 diikuti Nottingham Forest pada musim 2022-23. - Foto Astro ARENA
CRYSTAL Palace menandatangani penjaga gol Dean Henderson dari Manchester United dengan kontrak lima tahun.
Bayaran perpindahan tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan bahawa Palace akan membayar United 20 juta pound termasuk tambahan.
“Mengucapkan selamat tinggal kepada United adalah saat yang penuh emosi buat saya.
"Kelab ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak saya masih kecil," tulis Henderson di media sosial.
Sebagai rekod, Henderson dipinjamkan ke Sheffield United dari 2018-2020 diikuti Nottingham Forest pada musim 2022-23.

South London = new home pic.twitter.com/E0ZN6SKutx

— Crystal Palace F.C. (@CPFC) August 31, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia membuat penampilan untuk England pada 2020, semasa kemenangan persahabatan 3–0 ke atas Ireland selepas menggantikan Nick Pope pada separuh masa. - Sinar Harian
#Manchester United #penjaga gol #Dean Henderson #Crystal Palace