Penjaga gol Melaka United, Marco Stefan Petrovski dipanah petir

Bernama
April 5, 2016 15:13 MYT
Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipanah petir. - Foto Instagram
Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipanah petir ketika menjalani latihan di Krubong di sini, kira-kira pukul 5 petang tadi.
Pengarah Hospital Melaka Datuk Dr Za'aba Baba berkata pemain berdarah campuran Malaysia-Australia berusia 18 tahun itu, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital tersebut untuk mendapat rawatan petang.
"Pesakit akan diberi rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi selepas ini," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.
Petrovski merupakan pemain remaja kelab Sydney Olympic FC di Australia sebelum memilih bermain untuk Melaka United musim ini.
#Dr Za'aba Baba #Marco Stefan Petrovski #melaka united #Sydney Olympic FC