SPORTS

Penyerang Czech Republic, Josef Sural meninggal dunia

Agensi 29/04/2019 | 23:59 MYT
Josef Sural meninggal dunia dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas mini di Turki. - Foto Reuters
Pemain kebangsaan Republic Czech Josef Sural meninggal dunia dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas mini di Turki.
Menurut entri yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi kelab bola sepak Aytemiz Alanyaspor, Sural meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Enam lagi rakannya cedera dalam kejadian tersebut selepas menghadiri satu perlawanan menentang Kayserispor.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan media antarabangsa, pemandu bas mini tersebut terlelap ketika memandu.
Ketujuh-tujuh pemain itu menyewa bas mini tersebut manakala ahli kelab lain serta petugas menaiki bas berasingan atau kenderaan sendiri ketika dalam perjalanan selepas perlawanan bola sepak Liga Turki di Kayserispor.
Menurut laporan media antarabangsa, pemandu bas mini tersebut terlelap ketika memandu.  Ketujuh-tujuh pemain itu menyewa bas mini tersebut manakala ahli kelab lain serta petugas menaiki bas berasingan atau kenderaan sendiri ketika dalam perjalanan selepas perlawanan bola sepak Liga Turki di Kayserispor.

Bekas pemain Cardiff City dan pemain pertahanan QPR, Steven Caulker berada dalam bas tersebut ketika kejadian.
Satu upacara penghormatan terkakhir turut diadakan bagi memperingati mendiang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Republic Czech dalam satu kenyataan berkata, mereka turut berduka atas pemergian pemain itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sural sebelum ini sudah tampil dalam 20 perlawanan sejak sertai Alanyaspor pada Januari.
#Josef Sural #meninggal dunia #nahas jalan raya #Turki