awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang import dari Lubnan perkuat Penang FC

Astro Arena
Astro Arena
23/12/2022
01:15 MYT
Penyerang import dari Lubnan perkuat Penang FC
Soony merupakan pemain kebangsaan Lubnan yang pernah mewakili Amerika Syarikat (AS) di peringkat remaja. Foto Facebook/Penang FC
BAHAGIAN serangan Penang FC akan berwajah baru musim depan dengan ketibaan pemain import dari Lubnan, Soony Saad, semalam.
Soony, 30, merupakan pemain kebangsaan Lubnan yang pernah mewakili Amerika Syarikat (AS) di peringkat remaja.
Dia pernah mewakili kelab AS, Sporting Kansas City, pada awal kariernya sebelum berpangkalan di Thailand dan timur tengah.
Selain itu, penyerang berkenaan juga pernah melakukan 26 penampilan bersama skuad senior kebangsaan Lubnan dan menjaringkan tujuh gol peringkat antarabangsa.
"Selamat datang..! Memperkenalkan pemain import baru bagi pasukan Penang FC musim 2023, Hassan Ali 'Soony' Saad dari Lubnan kini Harimau Kumbang..!
"Soony, dilahirkan pada 17 Ogos 1992 dan dibesarkan di Wyandotte, Michigan, Amerika Syarikat.
"Seorang pemain penyerang, yang juga boleh bermain di bahagian sayap, berusia 30 tahun, telah bersama skuad Al-Wehdat dan PT Prachuap untuk musim 2021 dan 2022," tulis Penang FC dalam satu pengumuman di laman Facebook rasmi mereka.
Topic Berkaitan
#Penang FC
#pemain import dari Lubnan
#Soony Saad
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan