awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang import PDRM FC Bruno Suzuki peluk Islam

Bernama
Bernama
02/08/2023
07:25 MYT
Penyerang import PDRM FC Bruno Suzuki peluk Islam
Pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah pagi tadi di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli. - Gambar PDRM FC
KUALA LUMPUR: Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki sah memeluk Islam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah pagi tadi di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli.
Detik tersebut turut disaksikan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan Am) PULAPOL Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan rakan sepasukannya.
"Alhamdulillah dengan syukur ke hadrat Allah SWT ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allahuakbar," menurut hantaran di laman Facebook PDRM FC.
Selain PDRM FC, Suzuki yang mula mewarnai kancah Liga Malaysia pada 2017 pernah menyarung jersi Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Terengganu FC II.
Penyerang berusia 33 tahun itu setakat ini telah menjaringkan empat gol dalam saingan Liga Super musim 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM FC
#Bruno Suzuki
#peluk islam
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan