ISKANDAR PUTERI: Stadium Sultan Ibrahim, di sini sesak dengan kehadiran penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC pada malam ini.
Perkarangan stadium itu bertukar menjadi 'lautan' merah biru dan merah putih dengan kehadiran penyokong yang tiba seawal 3 petang bagi menunggu pintu masuk stadium dibuka.
Penyokong JDT Nurul Syafiqah M Sukir, 27, yang hamil enam bulan cahaya mata pertama antara yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan secara langsung perlawanan akhir itu.
Operator kilang itu tiba di stadium bersama suami, Mohd Syafiq Mohd Yasin, 24, dan ahli keluarganya dari Batu Pahat.
"Ini kali pertama saya datang ke Stadium Sultan Ibrahim, rasa teruja dapat menemani suami menyaksikan perlawanan akhir ini. Saya harap JDT dapat lakukan yang terbaik dan mengalahkan KL City FC sekurang-kurangnya 4-0," katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Tidak terkecuali penyokong KL City FC dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Hazerah Khairul Anwar, 34, bersama suami Farid Ikmal Shamsudin, 36, dan empat anaknya yang sanggup bermalam di sebuah hotel berdekatan.
Beliau berharap pasukan City Boys itu dapat membuat kejutan menewaskan JDT 2-0 seperti yang dilakar ketika Piala Malaysia 2021 di Stadium Bukit Jalil.
"Untuk final ini, jangkaan tidak terlalu tinggi tetapi kami sekeluarga harap KL City FC ada tuah dan dapat buat kejutan mengalahkan JDT 2-0," katanya.
Pintu pagar Stadium Sultan Ibrahim dibuka kepada penyokong bermula 5 petang ini, sementara sepak mula perlawanan akhir dijadualkan pada 9 malam.
Tinjauan Bernama mendapati pihak polis dan marsyal stadium bersiap siaga mengawal keselamatan di sekitar stadium termasuk dalam memastikan lalu lintas berjalan lancar.
JDT menjuarai Piala FA pada tahun lepas dan 2016 dengan menewaskan masing-masing Terengganu FC 3-1 dan PKNS FC 2-1.
Ini merupakan final Piala FA pertama buat KL City FC selepas kali terakhir memenanginya pada 1999.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Antara gelagat penonton JDT dan Kuala Lumpur City FC yang hadir bagi menyaksikan perlawanan Final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Selangor akui turun sebagai 'underdog', JDT enggan komen
Pengendali Selangor FC Nidzam Jamil mengakui skuadnya akan turun sebagai pasukan bukan pilihan atau 'underdog' ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final Piala FA malam esok.
Final Piala FA: Orang ramai diingat waspada ulat tiket
Terengganu Football Club Sdn Bhd menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan kegiatan 'ulat tiket' yang menjual tiket perlawanan akhir Piala FA palsu dalam laman sosial.
TFC mara ke final Piala FA, tewaskan Selangor dalam penentuan penalti
Terengganu FC (TFC) mara ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan penalti.
Penyokong dinasihat utamakan keselamatan semasa beli tiket final Piala FA - Polis
Penyokong diingatkan agar tidak mengabaikan keselamatan dalam keghairahan untuk mendapatkan tiket sehingga menggunakan kekerasan terhadap penyokong lain