Penyokong bola sepak Kedah tolak 'salam perdamaian' Ahmad Bashah

Madiha Abdullah
Mac 25, 2016 07:03 MYT
Melihat reaksi di penyokong di akaun Facebook rasmi KFA, dapat disimpulkan bahawa banyak yang perlu dilakukan Ahmad Bashah.Foto/Facebook KFA
NAMPAKNYA tugas berat menanti tampuk kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), dengan pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai Presiden.
Bukan sahaja perlu memastikan prestasi Kedah yang semakin baik dapat diteruskan, malah yang lebih penting adalah menawan semula hati penyokong, kerana mereka merupakan nadi penting kebangkitan skuad Kedah sejak kebelakangan ini.
Melihat reaksi di penyokong di akaun Facebook rasmi KFA, dapat disimpulkan bahawa banyak yang perlu dilakukan Ahmad Bashah.

Secara rasminya perlantikan YAB Presiden KFA.

Posted by Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - on
Mungkin kerana masih dibayangi kehebatan pengurusan terdahulu, sebahagian besar daripada peminat bola sepak negeri seolah-olah tidak yakin dengan kepimpinan baharu itu.

Kami Penyokong KEDAH tak maaf hang Mat Bashah oii...Kami akan protes setiap kali pasukan Kedah bermain...

Posted by Nizan Saidin on
Dalam masa yang sama, penyokong juga mahu presiden baharu agar mengambil tahu dengan lebih mendalam tentang perihal bola sepak, dan tidak mencampuradukkan politik dengan bola sepak.

Petang ni berlangsung EGM KFA kat Blok B Wisma Darulaman. Antara keputusan yg dapat dijangka adalah DS Ahmad Bashah akan...

Posted by Wan Suhaijie Aupn on
Kata mereka, sudah terbukti sebelum ini, hanya rasa kecintaan atau passion tinggi sahaja yang mampu membawa pasukan ke peringkat tertinggi.

Dua tugas penting untuk Ahmad Bashah lakukan sebagai Presiden baru KFA :-Meneruskan kecemerlangan pentadbiran Mukhriz...

Posted by Harimau Malaysia on
Akaun Facebook kumpulan penyokong rasmi Kedah, Ultras Kedah 2009, pula tidak berselindung apabila terang-terangan menolak pelantikan Ahmad Bashah itu.
Dalam status yang dimuat naik semalam, kumpulan itu yang juga dikenali sebagai UK09 itu meminta agar kepimpinan yang baharu dilantik itu menilai dan mengkaji sebab mengapa beliau ditolak majoriti penyokong.
KFA semalam mengumumkan pelantikan Ahmad Bashah sebagai Presiden secara rasmi, selepas jawatan itu dikosongkan berikutan pengunduran bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Secara tradisinya, Menteri Besar Kedah secara automatik akan menjadi Presiden KFA.
#Datuk Seri Ahmad Bashah #Kedah Persatuan Bola Sepak Kedah #KFA