awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong China berang, minta pulang duit tiket

Sinar Harian
Sinar Harian
10/09/2023
21:15 MYT
Penyokong China berang, minta pulang duit tiket
Kapten Malaysia, Dion Cools (kiri) cuba mengawal pemain China dalam aksi persahabatan di Chengdu pada Sabtu. - Foto Facebook FAM/Sinar Harian
KEGAGALAN China meraih kemenangan ke atas Malaysia pada aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu pada Sabtu mengundang berang dalam kalangan penyokong pasukan tuan rumah.
Sebilangan besar penyokong yang menyaksikan aksi itu di stadium tidak berpuas hati selepas menyaksikan China yang menghuni ranking ke-80 dunia sekadar terikat 1-1 dengan skuad Harimau Malaya yang berada di kedudukan ke-136 dunia.
Para penyokong meminta Persatuan Bolasepak China (CFA) supaya memulangkan duit tiket perlawanan susulan prestasi hambar skuad bimbingan Aleksandar Jankovic itu, lapor China Sports Vision 2050 menerusi platform X.
"Di Stadium Phoenix Hill, ketika DJ mengumumkan keputusan 1-1 bagi aksi persahabatan antara China dan Malaysia, penyokong mengejek dan menjerit 'pulangkan duit kami," lapor China Sport Vision 2050 menerusi satu klip pendek di laman sosial itu.
Pengguna akaun sama turut mendakwa bekas pemain mereka yang juga legenda bola sepak China, Zheng Zhi yang ketika ini menjadi pembantu jurulatih berperang mulut bersama penyokong.
"Selepas aksi persahabatan yang berakhir dengan 1-1 Zheng Zhi dilihat bertekak dengan penyokong tempatan.
"Dia juga merenung dengan perasaan marah ke arah tempat duduk penyokong," lapor berita tersebut.
Pada aksi berkenaan, Faisal Halim meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-11 sebelum Lin Liangming menyelamatkan maruah tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-36. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#perlawanan persahabatan
#China
#Persatuan Bolasepak China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan