awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Pulau Pinang, Kedah bergaduh luar stadium

Sinar Harian
Sinar Harian
22/08/2023
22:00 MYT
Penyokong Pulau Pinang, Kedah bergaduh luar stadium
Tangkap layar video tular yang memaparkan insiden pergaduhan antara penyokong Pulau Pinang dan Kedah Darul Aman di luar di Stadium Bandaraya. - Foto Sinar Harian
PERLAWANAN Liga Super antara Pulau Pinang dan Kedah Darul Aman di Stadium Bandaraya di sini dicemari dengan insiden pergaduhan antara kedua-dua kumpulan penyokong selepas perlawanan berakhir pada malam Selasa.
Kejadian berlaku di luar stadium dipercayai berpunca disebabkan provokasi antara kedua-dua pihak sebelum berlaku insiden tolak menolak antara mereka.
Suasana menjadi semakin tegang apabila kedua-dua kumpulan mula bertindak agresif dengan aksi sepak terajang antara mereka hingga mencetuskan kekecohan berhampiran kawasan parkir bas penyokong Kedah.
Dalam satu video tular berdurasi 1 minit 42 saat, kumpulan berpakaian serba hitam yang dipercayai penyokong Pulau Pinang dilihat mengeluarkan kata-kata provokasi sebelum berlaku pergaduhan dengan penyokong pasukan lawan.
Dalam saingan ke-20 Liga Super yang berlangsung malam tadi, pasukan tuan rumah tewas dengan pasukan jiran dengan jaringan 1-2.
Fadzrul Danel membuka jaringan untuk Kedah pada minit ke-7 sebelum pemain berasal dari Lubanan, Soony Saad menyamakan kedudukan di minit 32.
Tendangan dari luar kotak penalti Moses Atede pada minit ke 96 menambah duka pasukan Penang FC sekali gus memberi kemenangan kepada pasukan Sang Kenari. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liga Super
#pergaduhan antara penyokong
#Stadium Bandaraya
#penyokong Pulau Pinang dan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan