awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong selar pengurusan Celtic, mahu terus kibar bendera Palestin

Astro Arena
Astro Arena
11/10/2023
04:06 MYT
Penyokong selar pengurusan Celtic, mahu terus kibar bendera Palestin
Pihak Celtic sebelum itu mengkritik sepanduk yang dinaikkan di tempat duduk penyokong di stadium mereka sewaktu mencatatkan kemenangan ke atas Kilmarnock hujung minggu lalu. - Foto Stadium Astro
KETEGANGAN di antara pihak pengurusan Celtic dengan sebahagian besar penyokong mereka berkenaan konflik di Asia Barat kian memuncak apabila The Green Brigade menyelar kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.
Pihak Celtic sebelum itu mengkritik sepanduk yang dinaikkan di tempat duduk penyokong di stadium mereka sewaktu mencatatkan kemenangan ke atas Kilmarnock hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, The Green Brigade kini menggesa seluruh penyokong mereka untuk mengibarkan bendera Palestin menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid pada 26 Oktober ini berikutan tindakan Israel melakukan serangan udara dan menutup sumber keperluan penduduk Gaza.
Kelab itu pada Isnin lalu menyeluarkan kenyataan bagi mengkritik dan enggan terlibat dengan isu sepanduk berkenaan.
Bagaimanapun, Green Brigade mengekalkan pendirian mereka bahawa penyokong bola sepak memiliki hak untuk memunjukkan pegangan politik mereka dan melabel pihak pengurusan Celtic sebagai tidak jujur dan hipokrit ketika menyatakan kelab mereka tidak terlibat dengan politik, sambil menggunakan sejarah mereka dan perang di Ukraine sebagai contoh.
Kenyataan panjang lebar itu diakhiri dengan menyeru peyokong Celtic untuk mengibarkan bendera Palestin di pentas Eropah ketika menentang Atletico dan "menunjukkan kepada dunia bahawa Kelab Bola Sepak Celtic berdiri bersama mereka yang ditindas, bukan penindas".
Green Brigade statement @MedicalAidPal Gaza Emergency Appeal:https://t.co/lSjmr6nPD2 pic.twitter.com/pvpCkHGur7
— North Curve Celtic (@NCCeltic) October 10, 2023
Sebagai rekod, Celtic sebelum ini sudah beberapa kali didenda oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) atas tindakan penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin.
Pada 2016, The Green Brigade mengumpul lebih daripada 130,000 pound (RM755,767.46) dalam kempen pengumpulan dana atas talian selepas Celtic didenda hampir 9,000 pound (RM52,322.36) oleh UEFA kerana penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin semasa kemenangan 5-2 ke atas Hapoel Be’er Sheva di Glasgow.
Wang itu kemudian digunakan untuk bantuan perubatan buat rakyat Palestin dan projek di kem pelarian Aida di Bethlehem, di mana sebuah akademi bola sepak turut ditubuhkan dengan nama Celtic.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Celtic
#perang Israel Palestin
#bendera Palestin
#The Green Brigade
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan