SUKAN
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
Johan berkata, sasaran Selangor dalam Piala Malaysia adalah untuk layak ke final.
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Johan Kamal Hamidon, terus menyeru peminat setia memberikan sokongan kepada pasukan terutamanya apabila beraksi di tempat sendiri.
Ringkasan AI
Gergasi Merah mencatat persembahan terbaik apabila menepati sasaran mara ke separuh akhir Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 selepas muncul naib juara Kumpulan B.
Mereka akan bertemu gergasi Vietnam, Nam Dinh, secara timbal balik bagi perebutan ke final kejohanan serantau edisi kedua itu musim ini.
"Harapan kami sudah tentu di Selangor mempercayai penyokong-penyokong Selangor sentiasa berada dengan pasukan.
"Kami berharap sokongan ini berterusan dan berharap semakin ramai yang datang ke stadium memberikan sokongan kepada para pemain yang berjuang di atas padang," katanya di Nadi Arena.
Kelab Liga Super itu akan berkunjung ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi untuk bertemu Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia, hujung minggu ini.
Terdahulu, Johan berkongsi sasaran Selangor dalam Piala Malaysia adalah untuk layak ke final. - Stadium Astro
Ringkasan AI
- Johan Kamal Hamidon, CEO Selangor, meneruskan seruan kepada penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan, terutamanya apabila beraksi di tempat sendiri.
- Selangor mencatat persembahan cemerlang dalam Kejohanan Kelab ASEAN Piala Shopee 2025/26 dan akan berentap dengan Nam Dinh dari Vietnam dalam separuh akhir untuk meraih tempat ke final.
- Kelab Liga Super ini menetapkan matlamat untuk layak ke final Piala Malaysia, dengan perlawanan suku akhir pertama menentang Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi hujung minggu ini.