PORTO tanpa kapten pasukan, Pepe, untuk perlawanan penentuan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico Madrid awal pagi esok selepas dia diuji positif untuk coronavirus.
Pendahulu Liga Portugal itu mara ke aksi terakhir Kumpulan B di tempat kedua, dengan Atleti dan Milan turut memburu slot ke pusingan 16 di belakang Liverpool.
Porto perlu beraksi tanpa pemain pertahanan tengah veteran Pepe, manakala Marko Grujic turut diragui akan beraksi kerana kecederaan buku lali.
Jurulatih Sergio Conceicao berkata semasa sidang akhbar semalam, "Pepe disahkan positif COVID. Ia adalah situasi yang tidak boleh dikawal.
"Bagi Grujic, dua hari lalu dalam latihan, dengan kualiti padang kami yang lemah, dia terseliuh [pergelangan kakinya]."
Milan dan Atleti hanya ketinggalan satu mata di belakang Porto dan Jurgen Klopp akan membuat perubahan untuk perjalanan Liverpool ke San Siro.
Conceicao yakin mereka mampu mencapai misi untuk pasukannya dengan kemenangan harus terhasil untuk memastikan tempat di kalah mati.
"Dalam keadaan ini, dalam pusingan terakhir peringkat kumpulan [bertanding untuk layak] adalah sesuatu yang patut dipuji oleh pasukan saya, dan mereka sepatutnya sudah berada di pusingan 16.
"Mana-mana pasukan [Porto, Milan dan Atleti] boleh bermimpi untuk mara ke pusingan berikutnya, tetapi kami perlu fokus pada apa yang perlu kami lakukan dalam perlawanan dan menang."
Mateus Uribe (digantung perlawanan) dan Ivan Marcano (kecederaan kaki) bakal diketepikan, sementara Francisco Conceicao (kecederaan pinggul) dan Joao Mario (kecergasan) turut dijangka tidak akan beraksi.
Astro Arena
Tue Dec 07 2021
Pepe disahkan positif COVID-19. - Astro ARENA
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.