awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak FC belum 'dirisik' Datuk Seri Vida

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/05/2021
12:28 MYT
Perak FC belum 'dirisik' Datuk Seri Vida
Nama Datuk Seri Vida antara nama yang disebut berminat untuk membantu Perak FC. - Gambar fail
IPOH: Perak FC masih belum menerima sebarang tawaran daripada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman.
Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Ahmad Yani berkata, Perak FC juga tidak pernah ‘merisik’ ahli perniagaan terkenal itu.
Bagaimanapun, katanya, Perak FC bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran daripada mana-mana pihak yang berminat.
“Perak FC sedia mempertimbangkan sebarang tawaran daripada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat pelaburan, tidak ada masalah,” katanya di sini, hari ini.
Pada April, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed mengumumkan kerajaan negeri Perak menawarkan mana-mana pihak yang berminat untuk membantu Perak FC.
Selain menjadi penaja utama, pihak yang berminat juga ditawarkan untuk membeli saham Perak FC, syarikat yang menguruskan pasukan The Bos Gaurus.
Ekoran daripada itu, dalam kalangan netizen, khususnya peminat bolasepak Perak telah mencadangkan beberapa nama untuk membeli saham Perak FC atau menaja pasukan The Bos Gaurus.
Antara nama yang turut disebut ialah Datuk Seri Vida.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Perak FC
#Hasmiza Othman
#khairul shahril mohamed
#The Boss Gaurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan